Pages

CHECK IT OUT

Showing posts with label HARI INI DALAM SEJARAH. Show all posts
Showing posts with label HARI INI DALAM SEJARAH. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

7TH ANNIVERSARY 2012

Tanggal 11 sept 2012, genaplah 7 tahun kami sebagai suami isteri dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Anas Dzulkarnain, 5 tahun dan Anis Qistina 1 tahun melengkapkan hidup kami. Alhamdulillah , syukur kepada Allah dengan kurniaan kebahagiaan ini.

Pagi-pagi lagi saya dah sms suami ucap selamat ulang tahun. dia diam tak tak jawab pun. Tapi saya takde la kisah sebab kebetulan hari ni sibuk sikit dengan kerja di pejabat. Mungkin dia pun tengah sibuk kannn. Pukul sebelas suami call. " Assalamualaikum sayang... sekarang tepat pukul 11.09 minit abang nak ucap Happy Anniversary'...ha ha sampai begitu sekali siap tunggu jam sama ngan tarikh tu 11.09....

Balik kerja 5.30 petang, saya terus keluar office. Nak pergi Raspberry Cake House. Kedai kek paling dekat ngan office saya.Nak surprisekan suami... tak bagi tau dia pun nak beli kek. Masa parking kat depan kedai kek...tiba-tiba saya nampak suami keluar dari Raspberry dan bawa kotak kek. saya pandang dia , dia pandang saya sambil tersengih..alamak..sama-sama SURPRISE  la pulak..dia terus datang dan tanya Ayang buat apa kat sini...nak beli kek yer...sambil tersengih...ha ha saya gelak-gelak.Itula CHEMISTERY nyer kami ni....  tergelak sorang-sorang lepas tu. Ini la, kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila -bila pun... 
SO SO SO SWEEEET....itulah 7th Anniversary on 11.09.2012.

Kek Sempena Anniversary Ke-7

Anis dan Mak Adik pun nak potong jugak

Mama, Anis, Mak Tih dan Mak Adik

Anas, Papa dan Anis

Anas yang over excited. Anis bertepuk tangan
Keluarga Kecilku 


        Alhamdulillah...kami bahagia


*** Tarikh 11 SEPT juga mengingatkan kita tentang WTC yang dibom...ingat tak????

Sunday, February 19, 2012

BAG TERCICIR


Ya Allah, kejadian berlaku pagi sabtu semalam di pasaraya Hero.Bag hitam tu aku letak kunci kereta, Handphone, Lesen Memandu dan Kad Pengenalan. Masa masuk pasaraya aku gantung bag tu kat trolley. Pastu masa nak beli susu Anas,  trolley tu tak leh bawak masuk dalam. Susu Dugro 3-6 tahun perisa Madu takde la pulak. Jadi takdela beli susu. Bila keluar ada 2 biji trolley kat situ. Aku pun ambik la salah satu trolley.

Pastu aku menuju ke tempat pasar basah. Hari ni teringin nak makan sambal sotong la. Baru  nak ambik sotong baru perasan rupanya bag hitamku dah takde kat trolley.Intai sana sini kat area situ takde.Baru teringat rupanya aku dah tersalah ambik trolley tadi. Cuaknya...terus berlari ke kaunter susu tadi dan tanya kalau ada tertinggal kat situ. Alamak ,...........takde.Trolley yang tadi tu pun dah takde.Terus ke customer service kalau kalau ada yang memulangkan kat situ. Pun takde jugak. Tetiba mak guard tanya kenapa Dik? ..aku pun cerita la sambil tunjuk kereta yang aku park kat depan tu masih ada. Gabra sebab  kunci kereta kat dalam tu.
Aduhai ralatnya rasa..mak guard suruh aku pusing2 kat dalam , mana tau kot masih ada kat situ.Time tu aku rasa tak keruan, nak call husband nak ngadu , handphone takde.Nak balik kunci kereta takde. Dah la lesen memandu ngan i/c pun takde.

Waaaaaaaaaaa...rasa macam nak nangis...CUAINYA aku. Setelah abis round dan tak jumpa jumpa jugak....aku kecewa..kelam kabut ...dah tak ingat apa dah..cuma memikir nak dapat balik  beg, itu jer...Masa tu jugak, tak jauh dari situ itu aku nampak mak guard tadi sedang pegang beg hitam macam aku punya La.AKu excited..dah jumpa ker??????????

Rupa-Rupanya.....betul la..aku punya..ALhamdulillah jumpa. Masih rezeki aku nampaknya. Ya Allah ..syukur...lega rasa...rasa berat semua hilang.....aku beberapa kali ucapkan terima kasih kat mak guard tu dan seorang kakak yang memulangkan bag aku tu....Fuhhhhhhhhhhhhhh...kus semangat. Lepas tu, memandangkan nak balik masak lauk takde...jadi aku sambung la..pilih sotong dan sayur untuk makan tengahari ni..

*Pengajaran:SELALU BERHATI2 & JANGAN CUAI...

Alhamdulillah...masih milikkku