Pages

CHECK IT OUT

Friday, April 12, 2013

BERKELAH DI ULU YAM SELANGOR

TARIKH : 6 APRIL 2013
LOKASI:  HUTAN LIPUR SUNGAI TUA @ ULU YAM SELANGOR


Jika anda suka nature, tempat ni sangatlah recomended. Hutan dan sungai masih terpelihara. Bila dah sampai kawasan ni, aura sejuk terasa menyegarkan. Bila tengok air, memang akan rasa teruja nak mandi.

Kelebihan datang tempat macam ni, yang pertama, tak perlu bayar lebih. Jika nak mandi manda kat Private Water Park, dah tentu kena bayar, at least RM10/seorang. Di Ulu Yam, kalau tahun-tahun sebelum ni FREE ENTRY tapi, sekarang ni, nak masuk ke sini akan dikenakan RM1/seorang dewasa dan RM0.50 kanak-kanak. Tapi, masih berbaloi. Mungkin untuk selenggara sampah dan toilet/shower. Saya pun tak tau sejak bila bayaran per ENTRY ni dikuatkuasa sebab kami dah lama tak ke sini.  Yang kedua : Boleh bawa makanan dari rumah/luar berbanding kat Private Water Park, NO FOOD ALLOWED. nampak....

Tapi kan..yang tak best ada jugak... nak tau apa...uhuuuu...yang pertama: AWAS!!!!! banyak sangat monyet liar. Yang kecik, besar, tua, muda semua ada. Monyet-monyet ni akan turun ke tanah sebab dia nak curi makanan kita. Silap-silap baju persalinan pun dia curi tau....yang kedua: toilet/shower condition sangat tidak memuaskan....mmmm...

Lain-lain..semua ok jer. yang sedikit adventure adalah Jambatan Gantung dan pendakian anak tangga. Bilangan anak tangga tak tau. Lupa nak kira. Mungkin next time kalau datang sini lagi saya akan kira..Uhhh..panjat tangga tu, sangat la mencabar bagi orang yang takde stamina macam saya...kan kan...

Sekali-sekala kena juga dedahkan anak-anak dengan alam semula jadi supaya mereka tidak terlalu mengada-ngada dan jengkel dengan tempat tempat macam ni...

Kunjungan ke sini  juga boleh bagi banyak manfaat. Bukan setakat untuk mandi manda, picnic, tapi juga boleh relax minda, tenang fikiran dan yang penting you don't have to pay more bagi tujuan pengisian masa bersama dengan keluarga..

Last but not least, sama-sama lah kita pelihara hutan dan sungai kita agar boleh diwariskan untuk anak cucu kita di masa akan datang.

Jambatan Gantung di Ulu Yam @ alam semula jadi 
Picnic @ Hutan Lipur Sg. tua Ulu Yam

Suasana damai dan tenang
Air yang sangat sejuk
Time manja-manja @ abang dengan mama, adik dengan papa :)
Gaya anak buaya , he he

Trademark

Nak kejar Rama-rama

Penat ker bang panjat tangga
Anak tangga yang tinggi..fuhh
Lagi separuh anak tangga nak daki..relax jap
Kami dah puas ..PEACE NO WAR...

1 comment:

  1. assalamualaikum akak/abg admin yg tulis blog ni... mohon minta alamat Uluyam ni boleh.? nak bawa keluarga mertua berkelah dekat sini juga lah.. macam best je.. minta emailkan pada saya alamatnya ke ratnazarym@gmail.com

    reply akak/abg admin amat saya hargai.
    'Thanks

    ReplyDelete