Pages

CHECK IT OUT

Wednesday, April 10, 2013

BLUE LAGOON PORT DICKSON

Tarikh : 30 Mac 2013
Lokasi : Blue Lagoon @ Tanjung Biru, Port Dickson

Blue Lagoon terletak tidak berapa jauh dari Teluk Kemang. Mungkin dalam 10-15 minit shj perjalanan dari Pantai Teluk Kemang. Kenapa pilih Blue Lagoon ? Pantainya bersih, airnya jernih dan Pengunjung tidak sesak macam kat Pantai Teluk Kemang.

Kat Blue Lagoon ni, accomodation yang ada kira ok la. Ada Food Court, Tandas/ Shower, Kedai (jual baju, pelampung ..dll..).. Bayaran untuk masuk ke bilik air 50sen untuk buang air dan RM1 untuk mandi. Kalau nak bersukan air juga boleh . Kat sini ada Banana boat, Jet Ski, Kayak..

Kami singgah sini selepas keluar dari Ostrich Show Farm yang terletak tak jauh dari sini. Time ni around pukul 6ptg macam tu la. Air dah mula pasang. Cuaca pun dah tak panas. Ya, time ni sangat sesuai untuk mandi laut. Tak lama lagi nak Sunset . Konon nak ambik gambar sunset lepas shower tapi tak sempat. Rupanya...lama que kat dalam bilik air. Biasala kalau sebelah ladies, mak kena mandi dengan anak-anak sekali, tambahan hari ni ramai orang sebab today is the last day cuti sekolah.

Kat Blue Lagoon ni ada banyak juga tempat penginapan. Best jugak kalau bermalam kat sini. Hari tu, kami tak bermalam pun, lepas mandi kami makan malam kat PD then terus balik ke Shah Alam. Harap lepas ni dapat bercuti lagi dengan keluarga tersayang...bye bye..:)


Dah dekat nak Sunset time ni

Papa layan Anis while Mama pergi berenang


mmm...sedapnya...


Blue Lagoon @ Tanjung Biru Port Dickson



No comments:

Post a Comment