Pegaga
Gambar di atas- pegaga yang ditanam dalam pasu kat rumah saya
Pegaga adalah sejenis ulam yang mempunyai banyak khasiat. Namun, tidak ramai yang suka makan ulam pegaga kerana rasanya yang pahit.
Pegaga adalah tumbuhan yang sedang hidup dan membiak. Tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Di rumah, saya hanya menanam pegaga di dalam pasu.
Uniknya, pegaga boleh dimakan termasuk daun, batang dan akarnya.Pegaga boleh dimakan mentah sebagai ulam, kerabu mahupun sebagai jus minuman. Ia boleh dimakan oleh wanita yang sedang berpantang.
Khasiat Pegaga:
1.Melambatkan proses penuaan - Awet muda
2. Meningkatkan daya ingatan
3. Menyejuk badan
4. Menyembuh luka
5. Melawaskan pembuangan air kencing
6. Mengurang tekanan darah tinggi
7. Melancarkan alirah darah
8. Merawat keputihan (bagi waniat)
Selain daripada khasiat pegaga yang disenaraikan di atas, mungkin ada banyak lagi khasiat yang saya tidak tahu. Jadi, boleh lah comment jika ada sebarang penambahan.
Pesanan saya, mulai hari ini sama-samalah kita amalkan makan pegaga. Dah tahu khasiatnya,sangat rugi kan kalau tak cuba..