Pages

CHECK IT OUT

Wednesday, February 23, 2011

NILAI CINTA

Ia nya mengisahkan tentang CINTA seorang ayah dan anak angkat. Drama ini pernah ditayangkan di siaran TV tempatan. Sebelum tengok cerita ni saya tak pernah terfikir tentang kes seumpama ini. Ayah angkat menikahi anak angkat. Ish..tak patut...tak patut. Tapi tak salah pun sebab HALAL di sisi agama. Cerita ni meninggkalkan kesan terhadap saya. Rasa geli geleman pun ada ha..ha..tak sanggup you. Saya rasa suka la nak kongsi jalan cerita ni dengan you all.

Ceritanya begini...Sepasang suami isteri telah mengambil anak angkat. Seorang perempuan.Mereka menjaganya sehingga anak itu muda remaja. Si isteri@emak telah meninngal dunia.Tinggallah Ayah menjaga anak angkatnya seorang diri. Kalau tak silap anaknya bernama Ira.

Saya tengok dah tengah cerita. Ira lumpuh, saya tau tau kenapa, mungkin kemalangan. Dia terpaksa menangguhkan pelajarannya di kampus.

Ayah la yang melakukan segala tugas rumah termasuk menjaga anaknya yang lumpuh. Memandikan, menguruskan kencing dan berak,memakaikan baju, memasak, mengemas rumah dan menguruskan segala hal rumah tangga.

Pada suatu hari, ayah telah berkahwin lain kononnya nanti senangla ada yang menguruskan hal rumah tangga dan  tolong tengokkan dan menjaga anak kesayanganya. Tapi manisnya cuma sementara. Mak tiri telah menunjukkkan belangnya dengan melayan buruk si Ira. Katanya Ira cuma menyusahkan hidupnya. Kononnya dia seperti balaci kepada Ira. Ya la menjaga orang sakit memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. mak tiri melepaskan geram kepada Ira sewaktu ayahnya keluar bekerja.Tetapi berpura-pura baik bila suaminya ada di rumah.

Ira cuma memendam rasa. Walaupun terseksa dengan perlakuan mak tirinya tapi dia tak pernah menceritakan penderitaannya kepada ayahnya. Tapi, ayah merasa pelik kerana Ira tidak lagi ceria seperti dulu. Satu hari tembelang mak tiri sudah pecah.

Ayah tiba-tiba balik dari kerja sebelum waktunya. Kantoi sebab mak tiri waktu tu sedang melayan buruk anaknya. Ayah sangat kecewa dengan isterinya. Harap pagar, pagar makan padi, begitulah diibaratkan. Isteri diceraikan pada masa itu jugak.

Selepas ketiadaan mak tiri ayah terpaksa melakukan semuanya semua seperti dulu. Kawan si ayah mengingatkan. " Ira tu anak tiri engkau, walau bersentuhan kulit pun ianya Haram sebab ayah dan anak angkat bukan muhrim. Jadi, macamana?

Hanya satu jalan untuk menghalalkan hubungan itu iaitu dengan perkahwinan. Jadi ayah mengambil keputusan untuk mengahwini Ira. Ira menangis kerana tak nak kahwin dengan ayahnya. Dipujuk akhirnya berkahwin tanpa rela.

Selepas berkahwin, Ira macam kekok. ayah dah jadi suami. camana tu? Ayah, macam biasa masih melakukan tanggungjawabnya seperti dulu. Setahun kemudian Ira dah sembuh seperti sediakala. Dia dah boleh buat kerja rumah. One thing...
Irah dah mula suka dengan suaminya. Dia dah jatuh cinta dengan suaminya...Dia panggil ayahnya "abang".....suaminya tidak boleh menerima keadaan itu. Rasa kekok. Ditegaskan bahawa "ini ayah ni, bukan abang..." Ira sedih dan menangis kerana tak mendapat layanan sebagai seorang isteri. Terasa dirinya disisihkan.

Ayah mula serba salah..dia mula rasa kekok bila berada di rumah. Ayah cepat- cepat menguruskan kemasukan semula Ira di Kolej untuk menyambung pengajiannya.

Di asrama kolej, Ira selalu merindui suaminya. Tak sabar nak balik rumah. Di kolej Ira selalu menghubungi suaminya, menyatakan perasaan rindunya. Bila balik ke rumah, Ira memeluk suaminya erat sambil bertanya, Abang tak rindu Ira? ayah menjawab, "rindu..tapi rindu ayah kepada anak,,bukan isteri". Ira menangis lagi.

Di kolej, Ira ada seorang kawan lelaki bernama Zaquan. Suami Ira tau Zaquan suka Ira.  Dia juga berharap agar Zaquan berkahwin dengan Ira. Zaquan dimaklumkan tentang status Ira yang kini sudah menjadi isteri ayahnya. Bila dijelaskan kedudukan hubungan mereka Zaquan faham akan keadaanya. Zaquan menerima nya dengan hati yang terbuka. Dia faham ayah Ira berkahwin dengan Ira untuk menjaganya dengan sempurna bukan nafsu semata.
Dua tahun selepas itu, Ira sudah tamat belajar. Zaquan pun sudah bekerjaya. Ira dan suami masih macam dulu, hubungan suami isteri itu sekadar nama. Tak lebih dari itu...Akhirnya, suami menceraikan Ira dengan talak tiga. Ira rasa hidupnya dah hancur...gelap gelita..Dia menganggap suaminya zalim, memperlakukan dirinya sekian rupa...

Tapi, berlainan pula dengan suaminya, dia menceraikan Ira demi masa depan Ira... Ira berhak dapat kehidupan yang lebih sempurna,, lebih bahagia.  Talak tiga dijatuhkan supaya dia tak boleh rujuk lagi dengan Ira.Dia mahu Ira berkahwin dengan Zaquan.

Akhirnya, Ira dinikahkan dengan Zaquan. ayah dan Zaquan merasa lega. Tapi, Ira sekali lagi mengangis di hari pernikahannya. Dia bersalaman dan memeluk bekas suaminya erat...Zaquan tidak senang dan merenung tajam ke arah mertuanya sambil menjegikan biji matanya. Ayah terkejut..

Dan rupa-rupanya..............ayah bermimpi daaaaaaa....Ira masih lumpuh..mereka belum pernak menjadi suami isteri ....ha ha ha...kena tipu rupanya...bikin suspen sajer..phiewwwwwwwww...lega rasanya..

No comments:

Post a Comment